Posts

#RoadToJubliPerakPEPIAS

Image
Air menitik jatuh ke permukaan bumi, ku sangka kan air biasa sahaja,  rupa-rupanya hujan di pagi hari yang penuh barakah ini, iaitu hari Jumaat, penghulu segala hari. Pagi ku di sebuah rumah yang asing bagi aku. Buat pertama kalinya aku tumpang tidur di rumahnya. Dimanakah? Gombak. Mesti anda tahu, apa kaitannya aku dengan Gombak. Gombak merupakan tempat di mana beradanya Pusat Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS). Bukan selalu aku turun ke sini. Jarang sekali. Jika aku ke sini semestinya ada tujuan. Bukan aku tak nak ke Pusat PEPIAS kerana saja-saja tetapi jarak antara PEPIAS dengan Semenyih jauh. Hari ini aku ingin berkongsi info mengenai PEPIAS yang baru sahaja aku ketahui. PEPIAS dahulunya dikenali sebagai Persatuan Pelajar Islam Antara Sekolah kemudia bertukar kepada Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Wilayah Persekutuan & Selangor. Tahun demi tahun berlalu dengan penuh cabaran, akhirnya nama persatuan ini bertukar lagi kepada Persatuan Pelajar Islam Selangor yang...

KERENGGA 2016

Image
بسم الله الر حمن الر حيم Assalamualaikum. Apa khabar semua? Alhamdulillah, aku di sini sihat sahaja :P Bagaimana pula dengan iman kita? Masih sama atau ada peningkatan selepas sebulan kita berpuasa ini. Hari ini 28 Syawal 1437, dah nak dekat habis bulan Syawal. Bagaimana pula dengan puasa 6 di dalam bulan Syawal, adakah tercapai? Alhamdulillah, tahun ini Allah izinkan aku untuk melaksanakan puasa 6 ini. Tak semua kaum hawa dapat berpuasa 6 di bulan Syawal. Anda semua mesti faham bukan. Hari ini aku ingin kongsikan satu cerita yang telah berlaku pada diri aku :D tentang kedatangan keluarga PEPIAS ke rumah aku. Pada 24 Julai 2016, keluarga PEPIAS telah menziarahi rumah aku sempena aktiviti tahun PEPIAS iaitu Konvoi Raya Gila-Gila atau lebih dikenali sebagai KERENGGA. Bagi aku aktiviti ziarahi ini dapat mengeratkan lagi keluarga aku dengan PEPIAS, membuatkan keluarga aku lebih mengenali apa itu PEPIAS. Bukan itu sahaja yang aku ingin ceritakan. Sebenarnya, disebalik kedatangan ...

IHRAM 2016

Image
IHRAM 2016  بسم الله الر حمن الر حيم Assalamualaikum Alhamdulillah hari ini sudah masuk 30 Ramadhan, tinggal esok sahaja kita semua berpuasa. Sekejap sahaja rasanya kan? Tapi kita kena bersyukur sangat sebab kita masih lagi diberi peluang untuk berpuasa dalam keadaan yang aman damai, tidak seperti Gaza, Istanbul dan lain-lain negara yang sekarang ni masih dalam suasana yang tidak aman. Allahu Akbar! Dalam kita semua sibuk menguruskan persiapan raya, di sana mereka berlumuran darah. Hari ini nak kongsikan satu pengalaman yang amat berharga yang baru sahaja aku alami semasa aku menyertai satu program anjuran Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) yang diberi nama baru iaitu IHRAM. Apa itu IHRAM? Mesti tertanya-tanya kan? IHRAM ialah Ihya Ramadhan, dipendekkan jadi IHRAM. Itulah kisahnya. Eh Eh Eh tu sahaja yang ingin dikongsikan? Sudah semestinya tidak. IHRAM merupakan program tahunan PEPIAS. Setiap tahun program ini akan dilaksanakan. Anda mesti tertanya-tanyakan ...

Konvensyen Kepimpinan Pelajar Islam 2016

Image
بسم الله الر حمن الر حيم Assalamualaikum. Apa khabar semua :) ? Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari yang ke 11 Ramadhan. Kita semua perlu bersyukur kerana kita masih hidup dan diberikan nikmat untuk berpuasa. Selama 11 hari berpuasa ini, bermacam-macam cerita yang saya ketahui. Antaranya soal hidup & mati, remaja bawah umur dirogol dan sebagainya. Saya begitu terkejut bila baca screenshot yang dikongsikan oleh abang muteq. Sungguh terkejut, remaja bawah umur dirogol oleh remaja bawah umur jugak, dalam 13-16 tahun macam itu, saya kurang ingat pasal umur itu. Jadinya, kes ini berkait jugak dengan tajuk hari ini.  Konvensyen Kepimpinan Pelajar Islam (KKPI), sebuah program anjuran Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) yang setiap tahun mesti PEPIAS akan laksanakan. Sebuah program yang akan membuat anda semua menjadikannya satu titik tolak perubahan diri anda. Percayalah! Sudah banyak testimoni yang berjaya dari projek ini sehinggakan suatu ketika dahulu dia seora...

Ramadhan 1437

Image
بسم الله الر حمن الر حيم Assalamualaikum. Apa khabar semua?Hari ini, 14 Jun 2016 bersamaan 9 Ramadhan 1437. Sudah 9 hari kita berpuasa,   Alhamdulillah kerana kita masih diberikan peluang oleh Allah untuk menjalani ibadah puasa tahun ini:)   . Bagaimana dengan puasa kita tahun ini? Adakah lebih baik dari tahun lepas? Adakah fikiran kita sentiasa mengingati Allah SWT? ataupun memikirkan soal juadah sahur & berbuka? Tipu sekiranya kita tidak fikirkan soal itu. Saya pun terfikir juga soal itu tapi tidak teruk sangat. Biasalah, manusia :D  Bagi saya tahun ini lebih baik daripada tahun sebelum ini. Banyak target yang nak saya lakukan. Antaranya, tidak terlalu kerap ke bazar. Jujur saya katakan, memang jarang ke bazar tahun ini. Kalau saya pergi pun, mesti disebabkan, mak kata lauk sudah tiada, pergi sebab ada mak buyung mengidam kuih-kuih yang jarang dapat seperti Popia Ali, kalau pergi disebabkan nafsu tu, tiada lagi kot sebab driver malas nak bawa. Dia sudah pe...

Kem Latihan Asas PEPIAS 3.0 (KELAPE 3.0)

Image
بسم الله الر حمن الر حيم Assalamualaikum. Apa khabar semua? Alhamdulillah, kita semua masih diberikan keizinan untuk menghirup udara yang Allah SWT kurniakan untuk kita semua. Bagaimana pula dengan iman kita semua? Ada peningkatan. Alhamdulillah jika ada, sekiranya tiada, muhasabah diri kita ini balik. Kita sudah lakukan banyak ibadah tetapi hati ini asyik tidak tenang, mungkin ada sesuatu yang kita buat tanpa kita sedari. Mari kita semua muhasabah diri kita ini balik. Semoga Allah SWT kurniakan kita petunjuk agar kita sentiasa berada di jalan yang diredhai oleh Allah SWT.  Hari ini saya ingin kongsikan sesuatu yang baru sahaja saya perolehi. Semalam merupakan hari terakhir program KELAPE 3.0. Alhamdulillah, program tamat dengan jayanya. Banyak ilmu & pengalaman yang saya dan kawan-kawan yang lain perolehi sepanjang program. Program ni berlangsung selama 3hari 2malam di Pusat Latihan PEPIAS ABIM (PULPA) , Kg Changkat, Gombak. Bermula pada hari Sabtu sehinggalah hari I...