Konvensyen Kepimpinan Pelajar Islam 2016
بسم الله الر حمن الر حيم
Assalamualaikum.
Apa khabar semua :) ? Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari yang ke 11 Ramadhan. Kita semua perlu bersyukur kerana kita masih hidup dan diberikan nikmat untuk berpuasa. Selama 11 hari berpuasa ini, bermacam-macam cerita yang saya ketahui. Antaranya soal hidup & mati, remaja bawah umur dirogol dan sebagainya. Saya begitu terkejut bila baca screenshot yang dikongsikan oleh abang muteq. Sungguh terkejut, remaja bawah umur dirogol oleh remaja bawah umur jugak, dalam 13-16 tahun macam itu, saya kurang ingat pasal umur itu. Jadinya, kes ini berkait jugak dengan tajuk hari ini.
Konvensyen Kepimpinan Pelajar Islam (KKPI), sebuah program anjuran Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) yang setiap tahun mesti PEPIAS akan laksanakan. Sebuah program yang akan membuat anda semua menjadikannya satu titik tolak perubahan diri anda. Percayalah! Sudah banyak testimoni yang berjaya dari projek ini sehinggakan suatu ketika dahulu dia seorang peserta, kini pada tahun 2016, dia menjadi seorang pengarah, seorang penggerak dan juga seorang fasilitator untuk program ini. Alhamdulillah. Saya tidak berpeluang untuk menyertai program ini, tapi saya dapat lihat kesan program ini kepada diri kawan-kawan saya. WOW! Itu yang saya mampu ungkapkan untuk menggambarkannya.
Selain itu juga, saya ingin ceritakan mengenai satu perkataan yang amat memberi makna kepada saya iaitu UKHUWAh. Satu perkataan yang memberi 1001 makna yang mendalam. Dengan izin Allah SWT, saya berjumpa dengan sebuah keluarga kecil dalam PEPIAS, yang membuatkan diri saya begitu terharu, gembira sepanjang masa, kisah suka dan duka kami tempuhi bersama sepanjang program ini. Alhamdulillah.
![]() |
| Inilah Keluarga Kecil 1 Tuan Anas, Kak Annati, Kak Athirah, saya |
Inilah yang saya maksudkan itu. Keluarga Kecil dalam PEPIAS aka Biro Makanan & Cenderahati KKPI 2016. Sepanjang perkenalan kami, banyak kenangan yang kami cipta. Banyak ragamnya. Tuan Anas, seorang yang nampak sempoi, kata-katanya, tingkah lakunya seringkali membuat saya & yang lain-lain tersenyum, tergelak dan apa lagi eh? yang pasti dia akan membuat kami ketawa. Kak Annati pula, kadang-kadang lawaknya hambar tapi kami semua gelakkan sahaja demi menjaga hatinya. Dia seorang yang baik bagi saya. Kak Annati, orang yang paling saya rapat dalam MCD. Sejak pertama kali jumpa, kami sudah keluar bersama, panjat gunung bersama, berehat sebentar di rumahnya. Sukar untuk aku ungkapkan kerana ianya amatlah bermakna. Kak Athirah, seorang yang comel bagi saya. Hehehe. Seorang yang baik, dia belanja kami semasa kami ber'shopping' hahaha Kenangan yang pasti tak akan saya lupakan. Yang terakhir, Abang Redza. Dia merupakan adik kepada Abang Hafidz Farahat. Saya tahu serba sedikit tentang hal keluarganya kerana suatu ketika dulu, saya pernah rapat dengan Abang dia. Abang Redza ada sesuatu yang perlu & sentiasa ada bersamanya iaitu topeng. Disebabkan dia suka pakai topeng mulut, sebab itulah gambar di atas semua tutup mulut. hahaha. Apa lagi ya yang nak saya kongsikan ? Hurmm tapi apa yang penting keluarga MCD ini banyak mengajar aku sesuatu, tetapi saya tak tahu bagaimana untuk kongsikan. Mungkin satu hari nanti.
![]() |
| Kak Annati, saya & Abang Redza |
Gambar di atas ini diambil semasa kami bersama-sama mencari dana untuk program KKPI 2016. Sebenarnya, gambar ini diambil semasa kali ke-2 perjumpaan kami. Kali pertama ada Tuan Anas, dia jadi 'driver', kali ke 2, Abang Redza jadi 'driver'. Alhamdulillah, dalam banyak-banyak pihak yang kami jumpa, kami berjaya mendapatkan dana dari sebuah masjid di bangi, semoga orang yang menyumbang itu mendapat sahamnya di akhirat nanti. InshaAllah. Apalagi ya yang saya ingin kongsikan hurmm...
Rasanya itu sahaja yang ingin saya kongsikan. Kepada yang ingin tahu mengenai KKPI dengan lebih mendalam, boleh cari #KKPI16 atau di instagram, KKPI16... Semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan Yang Maha Esa, diberikan kesihatan yang baik, kesabaran yang tinggi & semangat agar terus istiqomah dalam menjalani kehidupan sebagai seorang hamba yang taat. InshaAllah :)
*maaaf adakala guna perkataan 'kau' adakala 'saya' tengah praktis :D


Comments
Post a Comment