IHRAM 2016

IHRAM 2016 

بسم الله الر حمن الر حيم
Assalamualaikum

Alhamdulillah hari ini sudah masuk 30 Ramadhan, tinggal esok sahaja kita semua berpuasa. Sekejap sahaja rasanya kan? Tapi kita kena bersyukur sangat sebab kita masih lagi diberi peluang untuk berpuasa dalam keadaan yang aman damai, tidak seperti Gaza, Istanbul dan lain-lain negara yang sekarang ni masih dalam suasana yang tidak aman. Allahu Akbar! Dalam kita semua sibuk menguruskan persiapan raya, di sana mereka berlumuran darah.

Hari ini nak kongsikan satu pengalaman yang amat berharga yang baru sahaja aku alami semasa aku menyertai satu program anjuran Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) yang diberi nama baru iaitu IHRAM. Apa itu IHRAM? Mesti tertanya-tanya kan? IHRAM ialah Ihya Ramadhan, dipendekkan jadi IHRAM. Itulah kisahnya. Eh Eh Eh tu sahaja yang ingin dikongsikan? Sudah semestinya tidak. IHRAM merupakan program tahunan PEPIAS. Setiap tahun program ini akan dilaksanakan. Anda mesti tertanya-tanyakan apa tujuan program ini kan? Apa aktiviti yang dilaksanakan? 

Program ini dilaksanakan untuk menyemai perasaan memahami & membantu golongan yang kurang berkemampuan bagi menyambut Aidilfitri. Selain itu, program ini juga dilaksanakan untuk menjalinkan hubungan silaturrahim dengan masyarakat sekeliling serta ingin mengimarahkan lagi bulan Ramadhan yang mulia ini dengan amal ibadah dan amal jariah. Last but not least ialah untuk memupuk sikap saling bantu-membantu antara ahli PEPIAS dengan masyarakat kampung dalam melakukan aktiviti kebajikan. Program kali ini bertempat di Masjid Sungai Ramal Luar, Kajang, Selangor pada 24 - 26 Jun 2016. Pihak masjid amatlah berbesar hati kerana masih ada lagi anak muda yang ingin melakukan aktiviti yang sebegini. Disebabkan semangat kami ingin melaksanakan program ini, pihak masjid memberi kerjasama yang amat baik, yang TERBAIK dengan kami semua. Banyak yang pihak masjid bantu, macam-macam sehinggakan tak terkira dan program nampak berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. 

Banyak projek yang dilaksanakan untuk IHRAM kali ini, antaranya :-
  1. Street Dakwah
  2. Sekampit Beras untuk Sebuah Keluarga
  3. Ziarah Hospital
  4. Keluarga Angkat
  5. Ziarah Rumah Anak Yatim
  6. Ziarah Rumah Orang Tua
  7. Carwash & Gotong Royong
  8. Social Experiment
  9. Bubur Lambuk
Banyakkan? Tapi aku sedih sangat sebab tak semua projek di atas aku dapat sertai. Aku cuma sertai projek Bubur Lambuk. Proses menyiapkannya memang cepat tapi disebabkan kena pack dan edarkan tu menyebabkan mengambil masa sehari. Aku ceritakan dulu pengalaman aku dengan bubur lambuk hehehe

Aku dan Bubur Lambuk. hahaha nampak macam mudah bukan? Alhamdulillah, pihak masjid ni sudah ada chef yang akan membantu kami masak Bubur Lambuk. Kami ingat kami akan mula masak dari mula-mula, maksudnya dari masukkan beras sampaila masak tapi semasa kami sampai ke tempat memasak. chef masjid tu dah masak separuh dari proses memasak bubur lambuk. faham tak ayatnya? maafla kalau tak faham, cuba fahamkan hehehe Selepas selesai memasak kami kena masukkan dalam bekas. Bila dah settle kerja tu, kami tadarus Al-Quran pulak. Selepas Solat Zohor, semua sukarelawan di minta untuk berkumpul untuk pembahagian untuk projek lain pula. Sebelum Solat Zohor, dah ada beberapa projek yang telah dilaksanakan seperti ziarah rumah anak yatim, gotong royong masjid, street dakwah, bubur lambuk, ziarah rumah orang tua, ziarah hospital dan projek sekampit beras. Macam aku dah cerita sebelum ini, aku ditugaskan di bubur lambuk, jadinya aktiviti yang sama waktunya dengan bubur lambuk, aku tak dapat nak join. Kesian hahaha tapi ada hikmahnya. Selepas Solat Zohor, semua sukarelawan dibahagikan semula kecuali projek bubur lambuk dan gotong royong. Selain daripada 2projek ini, mereka dibahagikan kepada projek keluarga angkat dan social experiment.Manakala sukarelawan gotong-royong kena ambil projek carwash dan bubur lambuk pula kena pergi edarkan ke tempat-tempat ayam seperti di bazar ramadhan, stesen keretaapi, stesen minyak, balai polis dan balai bomba. Bagi aku ini adalah pengalaman pertama aku, aku kena tebalkan muka sebab kena edarkan bubur lambuk. hehehe aku dapat satu tempat dengan Aidil, macam-macam lah dia tu, ada sahaja lawak dia. Sepanjang proses memasak dan packing bubur pun dah macam-macam lawak dia buat. Jujur aku katakan aku jenis mudah terhibur :D Sementara menunggu kak ayu jemput kami semula, kami semua ( dania, kak annati, kak del, abg faris, aidil dan seorang hamba Allah ni xingat nama) berbual-bual kosong. Dalam orang lain berbual tu, aku berangan sekejap, gembiranya hati ni bila dapat bantu orang lain, dapat memberi makanan kepada orang lain. Aku teringin sekali untuk memberi makanan kepada Homeless yang berada di Kuala Lumpur. Lagi apa ya yang aku ingin kongsikan :D Oklah itu sahaja rasanya aku ingin kongsikan. 


Abang Irsyad selaku Ketua Projek Bubur Lambuk

Abang Nabeel yang acah-acah kacau bubur lambuk bersama Aidil 



Inilah geng edar bubur lambuk dekat KTM KAJANG :D


Tadi aku bercerita pengalaman tak seberapa Aku dan Bubur Lambuk :D , sekarang aku ingin kongsikan pengalaman yang sukarelawan lain dapat. Apa yang bakal anda baca di bawah nanti adalah hasil daripada penulisan sukarelawan itu sendiri, aku copy&paste sahaja, eh taklah, aku edit sedikit sahaja :D hehehe

Sebenarnya x pernah jangka pun nak kena pergi rumah orang tua. Kalau boleh nak rumah anak yatim sebenarnya. Hahahaha malam sebelum pergi tu ada sedikit briefing. Takut juga mula mula . ye la sebab x pernah pergi plus akak ni x reti sangat nak berkomunikasi dgn org tua ni. Jadi, akak ambil semua tu sebagai satu cabaran utk menghadapi hari esoknya. Rumah penjagaan al fikrah ialah rumah yang team kami pergi. Rumah tu betul betul tepi jalan. Sekali pandang tgk kecil je tapi bila masuk ke dalam rupa-rupanya mampu untuk memuatkan hampir 70 orang tua. Secara amnya, rumah ni ada dua bilik iaitu teratak ayahanda dan teratak bonda. Seterusnya ada kebun dan kolam ikan tilapia & keli. Akak sangat kagum dgn pengurusan rumah penjagaan al fikrah. Sebab apa ? sebab mereka bukan sahaja menguruskan penghuni tetapi juga menekankan aspek kerohanian. Buktinya, alhamdulillah ada beberapa penghuni rumah itu yang memeluk Islam. Selain itu, mereka sangat suka berkongsi pengalaman hidup dgn orang luar. Bukan untuk menagih simpati tetapi mereka sunyi sebenarnya. Oleh sebab itu, mereka sgt seronok bila ada orang luar yg sudi mendengar apa yang mereka rasa. Kesimpulannya, penghuni rumah orang tua sebenarnya sunyi lantaran mereka hanya dikelilingi oleh kawan kawan seumurnya sahaja. Mereka ingin kan seseorang untuk bercerita dan berkongsi rasa. Oleh itu, kita yang masih tidak mempunyai pelbagai komitmen, sentiasa la lawat mereka. paling seronok jadi lah sukarelawan. X rugi langsung." - Kak Hidayah PEPIGOM, UIA

"Projek Keluarga Angkat
Aku dan team dihantar ke kawasan perumahan pangsa. Kami naik ke tingkat 5, dimaklumkan bahawa tuan rumah tersebut merupakan ibu tunggal. Hawa namanya
Kedatangan kami disambut seorang wanita berbaju merah jambu. Dijemput masuk, ruangan rumahnya yang kecik kami bertujuh penuhkan haha! Memang kecik
Suasana janggal, tapi kami perkenalkan diri masing masing terlebih dahulu. Suasana jadi meriah dengan kepala senget masing masing 😆 satu persatu kami menyelami kisah hidup ibu Hawa. Seorang tukang jahit sepenuh masa selepas ditinggalkan suami bagi menyara kehidupan 2 orang anak lelakinya iqmal dan syamil. 
Memang aku tengok sendiri, terdapat 2 buah mesin jahit di penjuru ruang tamu tu. Bahagian atas pula penuh dengan baju baju tempahan orang. Aku seronok tilik satu persatu hasil jahitan ibu Hawa. Sangat kemas, harga pun sangat sangat berpatutan. Fuh orang berpuluh tahun pengelaman 😎
Dengarkan cerita, ibu Hawa pandai menjahit kerana skill yang diwarisi dari ibunya dari kecil 
" Disebabkan ujian ini, Allah Maha Adil... Ibu diberikan kelebihan menjahit bagi meneruskan hidup. Tak pernah fikir untuk sirius dalam menjahit, namun anak anak lah kekuatan ibu untuk berbisnes macam ni. Kalau tak, apa anak anak nak makan? " kata ibu Hawa
Antara kami bertujuh, Fikril wakil Aple. Haha! 
Iqmal, anak sulung Ibu Hawa menyorok dalam bilik. Malu agaknya dengan akak akak cun luar ni 😆 Fikril ambil masa bersendirian dengan Iqmal ke bazaar yang dekat. Kami yang dirumah ni bantu Ibu Hawa apa yang patut untuk hidang juadah berbuka. 
" iqa, mira. Tolong ambilkan susu dengan buah dalam peti tu "
Aku dan kak iqa turut saja permintaan Ibu Hawa. Diletakkan item tu atas meja.
" haaaa. Panas panas ni seronok kalau makan ni. Spesyel " 
" apa benda tu spesyel sangat tu bu?  " kak iqa mengada usik
" koktail. Koktail ibu spesyel sikit. Ada puding "
Aku dan kak iqa terkinja kinja berdiri sebelah ibu yang mengacau koktail tu haha. Tak sabar merasa 😋
Tiba tiba ada orang beri salam, dengar macam lelaki. Oh, adik Ibu Hawa... usianya dalam 20-an, kami panggilnya " abang ". Abang baru pulang dari kerja, berpakaian uniform kilang. Abang malu malu dengan kami mulanya, nasib la team aku ni masing masing kepala senget. Dapatla pecahkan suasana sikit, buat lawak sikit boleh berdekah nak pecah rumah 
Abang pun makin lama naik jadi satu kepala dengan kami. Yang paling semangat, abang asyik tertanya hal PEPIAS. Abang kagum dengan gerakan PEPIAS ni, abang pun mengharapkan anak buahnya si Iqmal dan Syamil boleh melibatkan diri dalam aktivis ni. Dan ya, kami masih berhubung dengan mereka 
Ibu kata hari ni juadah berbuka paling banyak ramadhan setakat ni. Haha! Dan, koktail paling laku kena serbu! Fuhhh seharian tak makan minum. Sekali suap, dapat merasa susunya mengalir dalam kerongkong. Sekali gigit buah buah, jusnya mencair penuh ruang mulut. Kemuncaknya ialah puding. Fuh, kaut susu bersama buah. Argh nikmatnyaaaa
Memang sepanjang tu, kami sangat berselera. Sambil berkongsi cerita, gelak ketawa, bahan membahan pun haha! Ibu Hawa layan aje telatah kami hehe 😁🙈
Jam 7.45 malam, mengingatkan janji dengan komiti bahawa kami perlu berkumpul jam 8. Kami bersegera mengemas, susun pinggan mangkuk dan bersedia untuk solat maghrib berjemaah.
Kami semua kumpul kembali di ruang tamu. 
" abang rasa terharu dengan kehadiran kalian. Bagus juga merasa macam ni. Kadang kadang, kakak saya ni 
tiada tempat untuk meluah rasa. Adik adik ni pun tidak punya sesiapa untuk disokong. Alhamdulillah, betul betul syukur untuk hari ni. " kata abang. 
Untuk yang terakhir, kami mengucapkan terima kasih kepada Ibu Hawa sekeluarga bagi menerima kedatangan kami dan sedikit pesanan buat adik berdua tu. 
Kepulangan kami diiringi Ibu Hawa ke lift. Ibu sempat memegang tangan aku sementara menunggu lift buka dan " Ibu rasa, seronok anak anak ni datang. Lama sangat dah tak merasa suasana meriah ni. Ibu asyik sibuk bersendirian dengan kerja menjahit. Datang lagi ya lepas ni? " mengalir air mata Ibu Hawa.
Aku peluk dan cium pipi Ibu Hawa untuk kali terakhir. Ibu lihat saja kami masuk ke dalam list, melambai lemah. Kami dalam lift, terdiam... sebak dengan perpisahan ni. 
Ibu Hawa, kami doakan moga keluarga Ibu baik baik saja. Moga dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki. Moga pertemuan kita diberkatiNya in sha Allah. 
Pengalaman pertama aku dalam projek Keluarga Angkat. 
Masih terdapat mereka yang bersusah, namun bijak menghargai. 
Aku punya keluarga yang besar, kehidupan yang senang namun tak banyak aku buat untuk hargai mereka. 
Terima kasih Allah untuk perjalanan ini. Misi aku ke arah menjadi mukmin yang sejati masih diteruskan. Moga istiqamah " - Amirah Iffah PELANGI


Amirah Iffah & Team di rumah keluarga angkatnya 


"Bermula jam 4.30 pagi telah berada di rumah anak yatim untuk bersahur bersama-sama. Pada permulaannya agak sukar untuk berborak dengan mereka mybe disebabkan mengantuk dan pertama kali jumpa. Kami bersahur bersama-sama, terdapat seorang budak buat perangai. Saya gelarkan dia budak pychso sebab dia minta para sukarelawan untuk mengambilkan air banyak kali sedangkan dan ada air di hadapan dia. Kemudian, ada seorang budak kecil lagi yang tak nak makan tapi bijak budak ni. Selepas bersahur, kami semua solat subuh berjemaah dan 4 orang sukarelawan memberi tazkirah subuh. Selepas tazkirah subuh, kami semua berehat dan saya buka youtube dan menonton cerita boboiboy sambil baring. Pada jam 8, mereka kendiri. Saya diminta oleh salah seorang adik anak yatim itu untuk memandikan beliau. Saya terima dengan hati terbuka dan saya berpeluang melihat bagaimana keadaan rumah mereka. Mereka ada satu bilik dan bercampur laki perempuan dan kemudahan mereka begitu dhaif. Selepas memandikan adik kecil itu, saya pakaikan dia baju dan terus keluar untuk bersedia melakukan aktiviti. Aktiviti yang dilakukan adalah mass game dan menara. Sepanjangan 2 jam aktiviti itu dijalankan. Alhamdulillah, adik-adik ini beri kerjasama yang baik. Walaupun ada budak pycho yang ganggu. Adik adik ini semua perlukan kasih sayang dan perhatian yang amat tinggi.
Program 3 hari 2 malam yang memberi signifikan ke jiwa setiap aktivis. Dapat menyelami kehidupan orang yang lebih susah daripada kita dan yang terakhir sekali dapat menjalinkan ukhuwah dengan ahli pepias yang lain" - Abang Idham PEPAYA


Abang Idham bersama anak yatim :)


Haaaaa panjang tak? Hahaha semoga anda mampu untuk baca :D kerana aku juga mampu untuk membacanya. Memang aku wajib baca pun kan sebab blog aku :D aku minta feed back untuk setiap projek tapi yang respond beberapa orang sahaja jadinya aku pilih 3 yang terawal hantar hehehe yang selebihnya tu, minta masa, nanti next entry aku kongsilah ya :)

Aku tak tahu sama ada aku dah cakap ke belum, hehehe tak mengapa aku ulang balik. Aku seorang yang cepat untuk mengalirkan air mata. Kau bagi sahaja lagu sedih nanti aku mengalirkan air mata dengan mudah. Aku begitu sensitif. Disebabkan kak hidayah minta aku selitkan juga pengalaman aku menjadi komiti IHRAM, aku selitkan lah khas untuk kak hidayah :)

Aku sebagai komiti IHRAM 2016? Aku tak pernah terfikir untuk menjadi komiti IHRAM. Sebelum IHRAM, aku terlibat dengan KKPI 2016 sebagai Biro Makanan & Cenderahati. Tuan Anas, Kak Annati & Abang Redza dapat jadi komiti IHRAM manakala Kak Athirah tolak. Aku seorang sahaja yang tak dapat, mungkin disebabkan aku masih baru lagi dan kepercayaan mereka terhadap aku masih kurang, mungkin, itu tanggapan aku sahaja. Kak Annati mengajak aku untuk menjadi komiti IHRAM, siapa tak nak wei hahaha :D aku saja-saja je kata okay pada Kak Annati, esoknya itu, tup tup aku dah masuk dalam group whatsapp komiti IHRAM, terkejut wei tanpa lamaran daripada sesiapa pun, untuk mengelakkan aku salah sangka, aku whatsapp Kak Ummu sebab dia yang masukkan aku ke dalam group whatsapp tu, bila dah dapat tahu kesahihannya, secara automatik aku mejadi komiti IHRAM 2016. Jeng jeng jeng nak tahu tak aku dapat biro apa? hehehe BIRO MCD lagi! Aku berharap segala urusan biro MCD ini berjalan lancar. Alhamdulillah, walaupun ada ujian disebaliknya, aku masih lagi mampu untuk mengawal kemarahan aku, aku masih mampu untuk bersabar. Eh eh eh eh lupa pula nak nyatakan yang program ini dilaksanakan dalam bulan Ramadhan, sudah semestinya kan, dah nama pun IHRAM, mestilah dalam bulan Ramadhan, apa la aku ni, mimpi ke ? hahahaha Jadi biro MCD semasa KKPI dan IHRAM amatlah berbeza. KKPI bukan dalam bulan Ramadhan, manakala IHRAM dalam bulan Ramadhan. Kesabaran yang tinggi diperlukan. hehehehe apa lagi nak cerita ya, rasa bahagia sebab kena bangun awal untuk siapkan sahur hahaha bukan tak pernah siapkan sahur dekat rumah, pernah tapi feelnya lain sikit, kalau dekat rumah, ada mak, kena dengar arahan mak, kalau dekat IHRAM, kita buat sama-sama hehehe haaaaaaa lupa nak cerita, first day sahur iaitu pada hari Sabtu pagi, aku tak tidur. Jumaat itu, berbuka sama-sama, selepas moreh ada briefing untuk esoknya, bila dah habis briefing, ada meeting sekejap antara MCD. Selepas meeting tu, masuk tempat penginapan terus keluarkan baju untuk mandi, lepas mandi tengok jam sudah pukul 3.30 pagi nak dekat pukul 4.00pagi. Alang-alang itu aku tak tidur langsung sebab pukul 4.00pagi makanan sampai dan kena uruskan pembahagian makanan untuk dibawa ke rumah anak yatim juga pagi itu, kemudian kena tuang air untuk sahur, memang tak sempat nak tidur. Pagi tu selepas solat subuh ada tazkirah. Jujur aku katakan hanya 10% sahaja yang aku ingat apa yang ustaz tu cakap, selebihnya masuk telinga kanan keluar telinga kiri sebab aku terlampau lah ngantuk, maafkan aku :( hahaha lagi apa ya hurmmmm itu saja kot.

Panjang kan? Baca lah sampai habis :D supaya anda semua pun dapat merasai apa yang saya rasa eeecehcehceh hahahaha Semoga apa yang aku kongsikan ini dapat memberi kesedaran kepada anda juga untuk melakukan projek-projek yang akan membantu kita semua di akhirat kelak. Semoga kita semua sentiasa istiqomah dalam melakukan projek-projek ini. Berkongsilah apa yang kita dapat, walaupun sedikit kerana ganjarannya cukup besar lagi-lagi dalam bulan yang penuh mulia ini. Akhirnya kami berjaya melaksanakan Program IHRAM 2016 ini. ALHAMDULILLAH. Tahniah semua sukarelawan :D


Di kesempatan ini aku ingin memohon maaf sekiranya ada salah silap, terkasar bahasa ke, tersalah info ke, apa-apa sahaja yang berkaitan, maafkan aku ya. Semoga perjalanan anda pulang ke kampung halaman dipermudahkan. 



Ziarah Rumah Anak Yatim

Ziarah Rumah Orang Tua

Sebahagian daripada komiti HRAM 2016
Inilah Kak Ayu kesayangan kami, Kakak PEPEL yang terbaik!

Persiapan untuk Projek Sekampit Beras

Persiapan untuk Projek Sekampit Beras

*kalau ada kesalahan dalam penulisan ini, saya berharap anda bagi tahu saya ya supaya saya dapat perbaiki :)

Sekian Terima kasih ^-^








Comments

  1. Thorbaik syaffiqa! Jgn serik. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih abg muteq :) inshaAlla. mana dapat link blog ni? malu seh bila ada orang PEPIAS baca hehehe

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kem Latihan Asas PEPIAS 3.0 (KELAPE 3.0)

KERENGGA 2016