Ramadhan 1437

بسم الله الر حمن الر حيم
Assalamualaikum.
Apa khabar semua?Hari ini, 14 Jun 2016 bersamaan 9 Ramadhan 1437. Sudah 9 hari kita berpuasa, Alhamdulillah kerana kita masih diberikan peluang oleh Allah untuk menjalani ibadah puasa tahun ini:) . Bagaimana dengan puasa kita tahun ini? Adakah lebih baik dari tahun lepas? Adakah fikiran kita sentiasa mengingati Allah SWT? ataupun memikirkan soal juadah sahur & berbuka? Tipu sekiranya kita tidak fikirkan soal itu. Saya pun terfikir juga soal itu tapi tidak teruk sangat. Biasalah, manusia :D 

Bagi saya tahun ini lebih baik daripada tahun sebelum ini. Banyak target yang nak saya lakukan. Antaranya, tidak terlalu kerap ke bazar. Jujur saya katakan, memang jarang ke bazar tahun ini. Kalau saya pergi pun, mesti disebabkan, mak kata lauk sudah tiada, pergi sebab ada mak buyung mengidam kuih-kuih yang jarang dapat seperti Popia Ali, kalau pergi disebabkan nafsu tu, tiada lagi kot sebab driver malas nak bawa. Dia sudah penat di tempat kerja, kemudian nak bawak adik dia yang banyak songeh ni pergi bazar. Memang TAK la jawapan dia :P

Sebenarnya hari ini tak berapa sihat. Demam panas (panas dalam), terbaring je hari ini, selepas Solat Asar baru segar sikit sebab baru lepas mandi. Kalau tak mandi, mungkin sekarang ini masih terbaring di atas katil. Tak larat, kepala pening-pening lalat, badan panas. Faham-faham jelah, bila sifat 'kebudakan' itu datang, hurmm terbaring jelah.

Saya bersyukur sangat, masih mampu untuk berpuasa, untuk tarawih, tadarus. Saya nak kongsikan satu cerita ini, di mana membuat diri saya terharu dan sebak disebabkan kisah itu. Sudahla hati ini mudah tersentuh, sensitif.

Kisah yang saya maksudkan di atas.

Semoga kisah yang saya kongsikan itu memberi inspirasi untuk anda juga. 

Ramadhan kali lain dari yang lain sebab saya berbuka & sahur di rumah. 2 tahun lepas saya berbuka & bersahur di asrama, Sek Men Teknik Kuala Lumpur. Sebuah sekolah yang banyak menyimpan 1001 kenangan. Dan Ramadhan kali lain sebab kawan-kawan saya yang lain semua sudah melanjutkan pelajaran. Saya sahaja yang belum kerana tidak ditawarkan untuk mana-mana universiti disebabkan keputusan SPM saya yang biasa-biasa ini. Saya dapat juga tawaran Ting 6 tapi saya pergi sekejap je kemudian berhenti sebabnya hati saya tak berapa berkenan untuk Tingkatan 6 ni. Bukan pandang rendah tapi hati ini tak ngam. Orang kata, kalau tak minat jangan teruskan, nanti hancur masa depan tapi minat tu boleh dipupuk tapi entahla. Hati memang tak berkenan.

Khamis, 9 Jun 2016, saya meminta bantuan dari seorang kawan untuk ayahnya hantarkan surat rayuan untuk menyambung pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa. Jawapan daripada universiti itu masih belum aku terima. Saya mohon kepada semua pembaca blog saya (eh, ada ke?), doakan agar pihak UIAM menerima saya untuk menyambungkan pelajaran saya di UIAM. Semoga segalanya dipermudahkan. Kepada kawan-kawan yang menyambung pelajaran di UIAM, semoga berjaya, doakan saya ya! 

Rasanya itu sahaja yang saya ingin kongsikan. Apa yang berlaku adalah di atas kehendak Yang Maha Esa. Adalah yang terbaik buat kita. Kita kena terima dengan hati yang terbuka okay ^-^ 

Allahu Akbar!
 

Comments

Popular posts from this blog

Kem Latihan Asas PEPIAS 3.0 (KELAPE 3.0)

KERENGGA 2016

IHRAM 2016