#RoadToJubliPerakPEPIAS
Air menitik jatuh ke permukaan bumi, ku sangka kan air biasa sahaja, rupa-rupanya hujan di pagi hari yang penuh barakah ini, iaitu hari Jumaat, penghulu segala hari. Pagi ku di sebuah rumah yang asing bagi aku. Buat pertama kalinya aku tumpang tidur di rumahnya. Dimanakah? Gombak. Mesti anda tahu, apa kaitannya aku dengan Gombak. Gombak merupakan tempat di mana beradanya Pusat Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS). Bukan selalu aku turun ke sini. Jarang sekali. Jika aku ke sini semestinya ada tujuan. Bukan aku tak nak ke Pusat PEPIAS kerana saja-saja tetapi jarak antara PEPIAS dengan Semenyih jauh.
Hari ini aku ingin berkongsi info mengenai PEPIAS yang baru sahaja aku ketahui.
PEPIAS dahulunya dikenali sebagai Persatuan Pelajar Islam Antara Sekolah kemudia bertukar kepada Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Wilayah Persekutuan & Selangor. Tahun demi tahun berlalu dengan penuh cabaran, akhirnya nama persatuan ini bertukar lagi kepada Persatuan Pelajar Islam Selangor yang masih digunakan sehingga kini dan InshaAllah buat selama-lamanya.
PEPIAS sudah bertapak lama, ku kira sebelum aku lahir lagi PEPIAS sudah ada di persada dunia ini tetapi PEPIAS mendaftar semula secara rasmi pada 1 Oktober 1992. Aku sudah lahirkah ketika ini? Sudah semestinya belum, aku masih muda lagi ya 😁 umur baru belasan tahun. Berapa? Rahsia, mana boleh bagi tahu.
Pada tahun ini, PEPIAS akan menyambut 25 tahun berada di persada dakwah. 25 tahun bukan satu tempoh yang pendek. 25 tahun merupakan satu tempoh yang panjang. Bagaimana abang-abang kakak-kakak pak cik mak cik kita yang terdahulu yang mula-mula membina PEPIAS ini di bumi bertuah ini. Banyak kisah suka duka pahit manis yang mereka lalui sehinggalah sekarang. Dahulunya segala kerja diletakkan di dalam kereta, menjadikan kereta sebagai pejabat. Itu dahulu, mereka bersusah payah demi kita kerana tidak ingin melihat kita bersusah payah iaitu generasi selepas mereka. Lihatlah sekarang, kita sudah mempunyai sebuah bangunan, yang cukup sempurna bagi aku. Sebuah pejabat secara rasminya dibina atas tanah waqaf ABIM, (maaf jika aku salah maklumat) bertempat di Kampung Changkat Gombak lebih dikenali dengan nama PULPA dikalangan ahli PEPIAS.
Aku bersyukur kerana aku ditakdirkan untuk berada di dalam jemaah ini. Aku gembira berada di dalam jemaah ini. Walaupun aku tahu, berada di dalam jemaah ini tidak seperti berada di jemaah lain. Jemaah lain, apabila turun ke program, mereka mendapat saguhati tetapi PEPIAS bukanlah begitu. Aku tidak mengharapkan saguhati. Aku mengharapkan keberkatan dari Allah SWT atas segala tindakan yang lakukan. PEPIAS terkenal dengan program sukarelawan di sekolah-sekolah. Apabila kita menyebut perkataan sukarelawan, sudah semestinya kita faham maknanya iaitu melakukan kerja dengan rela hati. sekiranya dapat saguhati, itu rezeki Allah nak beri kepada kita. Bersyukur lah.
PEPIAS terkenal dengan program sukarelawan di sekolah? Sudah semestinya ya. PEPIAS membawa 2 perkara iaitu kebajikan dan pendidikan. Jika kita lihat generasi zaman sekarang, adik-adik kita di sekolah, bagaimana tingkah laku mereka? Bagaimana mereka sekarang? Apa pengaruh terbesar yang membuat mereka menjadi seperti itu? Tak perlu kita pergi jauh, setiap hari dalam surat khabar yang kita beli atau dalam laman sosial yang kita ada, mereka bercerita soal remaja zaman sekarang yang akhlak mereka kurang baik. Banyak kes melibatkan remaja seperti kes mencuri, kes berzina, kes buang anak dan macam-macam lagi yang boleh kita kaitkan kes itu dengan remaja. Ini semua berkaitan dengan akhlak remaja itu sendiri. Siapa perlu dipersalahkan? Adakah kita? Masyarakat? Ibu bapa?
Eh eh eh eh sebelum aku pergi lebih jauh, cukup sahaja sampai di sini sahaja. Sebenarnya aku sudah lari dari topik asal aku. Biasalah, bila terlalu asyik dengan suatu perkara, jadi lupa pada awalnya.
Oleh itu, marilah semua ahli PEPIAS, yang aktif ke tak aktif ke, asalkan pernah menyertai program anjuran PEPIAS, mari turun beramai-ramai ke Majlis Makan malam Jubli Perak PEPIAS. Harga istimewa untuk anda semua. Apa tunggu lagi, save the date, 5 NOVEMBER 2016. Mari kita rapatkan lagi ukhuwah, bersama-sama merapatakan ukhuwah antara PEPIAS, ABIM dan WADAH. Haaaaa anda yang masih baru mesti berasa pelik kan mengenai ABIM dan WADAH. Kata tadi nak sambut 25tahun PEPIAS tapi kenapa ada WADAH dan ABIM? Jika anda mahu tahu kenapa, anda perlulah datang ke majlis makan malam ini. Hahahaha
Itu sahaja yang aku ingin kongsikan pada hari ini. Sebelum itu, terima kasih kepada Kak Fatin, sebab sudi terima syaffiqa sebagai tetamu Kak Fatin, membenarkan syaffiqa tumpang tidur rumah Kak Fatin. Terima kasih ya.
InshaAllah kita akan bertemu lagi pada masa akan datang pada entry yang seterusnya. Semoga aku rajinlah yaa.
#GPHU
#PEPIAS
#RoadtoJubliPerakPEPIAS

Comments
Post a Comment