Kem Latihan Asas PEPIAS 3.0 (KELAPE 3.0)
بسم الله الر حمن الر حيم
Assalamualaikum.
Apa khabar semua? Alhamdulillah, kita semua masih diberikan keizinan untuk menghirup udara yang Allah SWT kurniakan untuk kita semua. Bagaimana pula dengan iman kita semua? Ada peningkatan. Alhamdulillah jika ada, sekiranya tiada, muhasabah diri kita ini balik. Kita sudah lakukan banyak ibadah tetapi hati ini asyik tidak tenang, mungkin ada sesuatu yang kita buat tanpa kita sedari. Mari kita semua muhasabah diri kita ini balik. Semoga Allah SWT kurniakan kita petunjuk agar kita sentiasa berada di jalan yang diredhai oleh Allah SWT.
Hari ini saya ingin kongsikan sesuatu yang baru sahaja saya perolehi. Semalam merupakan hari terakhir program KELAPE 3.0. Alhamdulillah, program tamat dengan jayanya. Banyak ilmu & pengalaman yang saya dan kawan-kawan yang lain perolehi sepanjang program. Program ni berlangsung selama 3hari 2malam di Pusat Latihan PEPIAS ABIM (PULPA) , Kg Changkat, Gombak. Bermula pada hari Sabtu sehinggalah hari Isnin.
Kebiasaannya setiap program akan dimulakan dengan sesi TAARUF. Semasa sesi taaruf ini, saya dapat mengenali kawan-kawan yang baru. Ada juga yang sudah saya kenal sebab sebelum ini pernah menyertai program yang PEPIAS anjurkan sama ada jadi peserta atau pun penggerak. Program kali ini saya sebagai peserta. Semasa taaruf, dapat mengenali kakak-kakak dan abang-abang yang sudah pun melanjutkan pelajaran, antaranya di UIAM, KDH, UPSI. Bukan kakak dan abang saja yang ada, adik pun ada, adik Salman namanya. Pertama kali jumpa dia semasa saya menjadi fasi Kem Smart Solat di Sg Lui. Tahniah adik Salman, muda-muda lagi adik sudah join program macam ni.
Banyak perkara atau kenangan yang tercipta sepanjang program ini. Sudah semestinya kenangan yang manis. Ada ke pengalaman yang tidak manis untuk program kali ini? Saya rasa ada tapi biarlah saya bercerita soal yang manis saja, yang kurang manis itu, kita lupakan ok? 😘
Antara perkara yang terbaik sepanjang program, yang pertama ialah slot bersama Kak Mawi pada malam hari pertama di situ. Saya gembira sangat-sangat kerana sepanjang slot Kak Mawi, saya tidak tidur ataupun tersengguk-sengguk. Perkongsiannya amatlah bagus. Cara penyampaiannya penuh dengan semangat. Mungkin kerana itu saya tidak berasa ingin tertidur. Tajuk yang Kak Mawi kongsikan ialah Siapakah Aku? . Tajuk ini sudah semestinya ada kaitan dengan HaKhaDa iaitu Hamba, Khalifah & Daie. Saya akan kongsikan sedikit tentang HaKhaDa ini, apa yang Kak Mawi kongsikan kepada saya dan kawan-kawan, akan saya kongsikan juga bersama anda.
Siapa Aku? Merujuk kepada kita semua iaitu MANUSIA. Cuba tanya pada orang sekeliling anda, siapa dia? Sudah semestinya dia akan cakap dia manusia kan. Cuba tanya lagi, dia berasal dari mana? Sudah semestinya dia akan cakap dia asal Semenyih/Gombak/Kelantan/dan lain-lain. Soalan itu mempunyai seribu maksud. Antaranya mungkin soalan itu merujuk kepada kita ini berasal dari mana (tempat lahir, alamat rumah, kampung mak ayah dan lain-lain). Pernah atau tidak, kita terfikir soalan itu merujuk kepada asal usul kita sebagai manusia. Jika soalan itu ditanyakan kepada saya, semestinya saya akan cakap tempat lahir saya, Semenyih Selangor. Jadi di sini, Siapakah Aku? Di dalam Kalam Allah SWT iaitu Al-Quran, ada menyatakan asal usul manusia ini.
" Dan sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia daripada saripati(berasal) daripada tanah.
Kemudian kami menjadikannya air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh(rahim).
Kemudian, air mani itu Kami jadikan sesuatu yang melekat, lalu sesuatu yang melekat itu Kami jadikan segumpal daging dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami menjadikan makhluk yang (berbentuk) lain. Maha Suci Allah, Pencipta yang paling baik. "
(Surah Al-Mukminun : Ayat 12-14)
Manusia ini adalah sebaik-baik makhluk yang Allah SWT telah ciptakan. Bersyukurlah kita kerana kita diwujudkan di muka bumi ini. Kalau saya cerita ini mungkin saya kena buat 2 post. Tapi inshaAllah nanti saya akan buat perkongsian khas soal manusia ini. Jadi, sekarang saya nak kongsikan serba sedikit tentang HaKhaDa.
Setakat ini sahaja perkongsian kali ini. Maaf jika ada kekurangan di mana-mana. Sepatutnya saya post pada hari Selasa tetapi disebabkan saya lupa nak type draftnya, selepas isyak tadi baru nak type, jadi pukil 1pagi Rabu baru dapat post. Maafkan saya.

1. Hamba
"Tidak aku ciptakan jin dan manusia, kecuali untuk mengabdikan diri"
(Surah Az-Zariyat : Ayat 56)
Allah jadikan kita manusia ini dengan tujuan. Tidak ada yang sia-sia ciptaan Allah ini. Saya pernah kongsikan soal ini sebelum ni. Cuba baca perkongsian-perkongsian saya yang sebelum ini. Sebagai hamba, kita kena taat dan patuh dengan semua perintah Allah SWT. Jangan lakukan perkara yang Allah larang.
2. Khalifah
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: 'Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.' Mereka berkata: 'Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?' Tuhan berfirman 'Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.' "
(Surah Al-Baqarah : Ayat 30)
Allah tahu bahawa manusia ini akan melakukan kerosakan di muka bumi tetapi Allah SWT ciptakan juga manusia kerana bukan semua manusia akan melakukan kerosakan. Allah SWT kurniakan akal agar manusia ini boleh berfikir tentang baik buruk sesuatu perkara. Khalifah ialah wakil dari Allah SWT untuk memakmurkan dunia ini.
3. Daie
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar. Mereka itulah orang yang beruntung"
(Surah Ali-Imran : Ayat 104)
Allah bukan sahaja mahu menciptakan manusia ini sebagai khalifah atau hamba, malah Allah juga ingin kita menjadi daie iaitu orang yang mengajak kita semua melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Saya tidak ingat siapa punya kata-kata tapi inilah kata-kata yang keluar dari mulut Kak Mawi.
" KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI?
KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI? "
Jadi mulai saat ini tanam dalam diri bahawa kerja mengajak melakukan kebaikan ini bukan kerja para ulama atau ustaz/ustazah, ianya adalah kerja kita, manusia. Kerja dakwah ni kerja kita juga. Ingatalah ya. Sama-sama kita perbaiki diri dan mengajak lebih ramai melakukan kebaikan.
Setakat itu saja yang aku ingin huraikan soal HaKhaDa ni.
Selain slot Kak Mawi, ada lagi perkara yang best iaitu Hiking ke Sg Pisang. Saya nak ceritakan juga sebab pengalaman yang terbaik yang pernah saya alami. TERBAIK!
Seawal jam 7pagi, kami semua bertolak ke Sg Pisang. Dr PULPA ke kawasan itu kena naik kereta sebab jauh. Jadinya kami dibahagikan kepada 4 buah kereta kalau tak silap saya la. Saya naik kereta yang di pandu oleh Abang Lokman. Sepanjang perjalanan, tingkap kereta terbuka luas, angin pagi yang sejuk masuk, nyaman saja sehinggakan hidung aku kering. Hahaha. Tapi best 😄 Sampai je di kawasan itu, kami semua kena berkumpul. Kemudian abang hafidz beri arahan sebelum mulakan perjalanan ke Sg Pisang. Sebelum datang ke program ini, ada pesanan suruh bawa kasut sukan, tapi saya degil tak bawa kasut sukan, jadinya saya masuk hutan pakai kasut cantik. Kasut sarung tu, yang bertutup bahagian depan. Hahaha. Pada permulaan perjalanan saya pakai kasut cantik itu, tetapi bila tiba di suatu tempat di mana perlu jalan atas air, akhirnya saya buka kasut dan pegang ianya. Saya fikir sekejap saja akan lalu laluan air, sangkaan saya meleset. Sepanjang perjalanan nak ke Sg Pisang kena lalu laluan akhir. Akhir saya masukkan kasut dalam beg sebab penat pegang. Hahaha. Sampai je di kawasan nak berkelah tu, kami semua kena ambil wudhuk untuk Solat Dhuha. Selepas Solat Dhuha, sarapan pagi. Kemudian ada task daripada Abang Hafidz, di mana semua kena ambil 2 biji batu size besar genggaman untuk bina sebuah menara yang tinggi, kukuh dan cantik. Dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu lelaki dan perempuan. Kemudian sudah selesai membina, saya sebagai wakil dari group perempuan, kena berikan kesimpulannya.
Kesimpulannya, setiap jemaah perlukan sokongan. Saya atau sesiapa pun sahaja akan rasa sukar untuk lakukan kerja dakwah ini secara sendiri kerana ada ketika kita akan jatuh dan perlukan sokongan. Oleh itu, kita bersama-sama perlu lakukan kerja-kerja dakwah ini.
Selepas slot Abg Hafidz, kami bersama naqib atau naqibah untuk berusrah. Usrah untuk group saya ialah tentang 10 wasiat Al-Imam Hassan Al-Banna. Selepas itu, kami kena masak untuk makan tengah hari. Kami, HELWANI masak maggie. Hahaha. Terbaik!!! Berjaya masak walaupun serba kekurangan. Hebat tak kami? Allah lagi hebatkan! Sebab Allah izinkan kami memasak dalam hutan di tepi air pulak itu. Selepas makan, kami Solat Zohor dalam hutan secara berjemaah. Ya Allah! Hanya Allah sahaja tahu perasaan aku ketika itu. Dengan pakaian yang basah disebabkan kena air, kami solat juga kerana kami tak boleh tangguhkan solat kerana selepas itu kami ada aktiviti yang lain. Selain solat, kami kembali di tempat berkumpul tadi. Sekali lagi saya hanya memakai stokin kerana tidak mahu kasut cantik itu basah. Hahaha.
Tiba di tempat berkumpul, kami semua dibenarkan rehat sebelum aktiviti seterusnya.
Aktiviti seterusnya ialah EXPLORACE. Di dalam group saya untuk explorace ini ialah Kak Yati, Maisarah, Muzafar, Afiq Azri dan Abang Izudin sebagai ketua kami. Task pertama ialah kena hafal Hadiths 1 dan Surah As-Saf Ayat 1-4. Sebelum sampai di checkpoint 1 kami kena hafal 2 perkara tu, kerana di checkpoint 1 kami kena tasmik pada orang yang jaga checkpoint itu. Masa perjalanan adalah lebih kurang 20minit lebih. Disebabkan tidak mahu lambat kami dibenarkan meminta mana-mana bantuan. Kami berjaya peroleh sebuah kereta atas bantuan Afiq yang punyai bakat menahan kereta yang lalu lalang. Terima kasih pak cik kerana sudi tumpangkan kami sehingga ke HOSPITAL ORANG ASLI Gombak. Kami terpaksa berhimpit di dalam kereta itu, kerana kereta itu kecil saja. Abg Izudin dan Muzafar kalau tak silap kena duduk dekat bonet. ALLAHUAKBAR! Kenangan yang terindah. Kemudian sampai di checkpoint 1, Afiq, Mai dan Kak Yati sudah hafal. Saya dan Muzafar saja yang belum. Sejak tamat sekolah ni, saya sudah tak menghafal mana-mana surah. Cuma baca saja, tak menghafal. Jadinya saya ambil masa yang agak lama untuk menghafal. Tapi akhirnya saya berjaya tapi tersangkut-sangkut juga. Tapi terima kasih kepada ahli kumpulan saya kerana berika semangat. Kemudian, untuk next checkpoint lagilah jauh, saya tak ingat berapa masa yang diperlukan sekiranya kami jalan kaki. Tapi jauh lah jugak. Akhirnya Afiq gunakan balik bakat dia untuk menahan kereta. Afiq berjaya tahan kereta. Kami dapat tumpang pak cik ni, dia memandu kereta wira kalau tak silap. Kali lagi dasyat. Abang izudin dan muzafar duduk depan sebelah pemandu, saya, mai, kak yati dan afiq berhimpit di belakang. Antara kak yati dengan afiq, kami letakkan penghadang iaitu beg. Demi untuk sampai awal dan tiada pilihan lain, akhirnya kami sampai dengan selamat di checkpoint 2. Dia checkpoint 2, orang yang menunggu di situ ialah abg fasi saya time PMGS, iaitu abang zul. Task kami kali ini ialah DAKWAH STREET. Kami kena tanya kan beberapa soalan kepada masyarakat di sekitar situ. Kami berjaya buat. Setelah selasai di checkpoint 2 dan sudah pun solat asar, kami teruskan perjalanan untuk ke checkpoint 3. Kali ini kami sukar untuk dapatkan kereta. Akhirnya kami dapat kereta tp kami yang perempuan kena gerak dahulu kerana campur dengan ahli perempuan group lain. Sampai je di checkpoint 3, abg lokman bagi task untuk buat video tentang pengalaman selama sehari suntuk itu. Kami balik ke PULPA naik Hilux. Kami perempuan duduk dekat belakang kerana jumlah perempuan lebih banyak daripada jumlah lelaki. Setelah tiba di PULPA, masing-masing balik ke tempat penginapan untuk bersiap sedian untuk Solat Fardhu Maghrib. Pada malam itu, tiada aktiviti sangat cuma ada sekejap saja slot dari Abang Lukman Tamili. Kemudian kami dibenarkan tidur kerana semua sudah kepenatan.
Esoknya adalah hari terakhir kami di situ. Pagi itu macam biasa solat subuh berjemaah kemudian bacaan Al-Mathurat dan sedikit tazkirah. Selepas itu gotong royong bersihkan kawasan. Selepas selesai kami kena balik ke tempat penginapan, untuk kemas barang. Setelah selesai kemas barang, kami sarapan pagi.
Setelah selesai makan pagi, kami ada slot bersama Dato Dr Razak berkaitan dengan kemanisan dalam perjuangan. Orangnya hebat. Banyak bercerita tentang pengalaman beliau. Setelah itu, slot bersama abang Lokman , Timbalan Setiausaha PEPIAS. Dalam slot ini banyak yang Abang lokman katakan. Antara pesanan yang Abang Lokman pesan yang saya akan ingat sampai bila-bila dan akan saya amalkan dan ubah diri saya ini. InshaAllah..
Pesanan Abang Lokman
1. Jaga hubungan antara ajnabi
2. Jangan ber'couple' atau berpasangan
3. Jaga MASA!
Jagalah perkara ini untuk tidak mencemarkan nama baik jemaah ini. Betul apa yang abang lokman pesan itu. Saya setuju. Walaupun saya juga melakukannya tapi berpasangan itu tidaklah. Saya pun bukan jenis yang suka bercouple. Jujur saya katakan saya suka konsep BERCINTA SELEPAS NIKAH. Semoga Allah makbulkan permintaan saya ini. Saya akan cuba dan terus cuba untuk ubah diri ini. Tipulah kalau saya kata saya jaga hubungan dengan ajnabi. Lagi-lagi dalam Whatsapp. Maafkan saya, inshaAllah akan perbaiki lagi diri ini.
Saya rasa itu sahaja yang ingin saya kongsikan. Hahaha. Terima kasih PEPIAS kerana buat program yang GEMPAK ini! Terima kasih abang-abang dan kakak-kakak kerana berikan tunjuk ajar kepada saya.
Setakat ini sahaja perkongsian kali ini. Maaf jika ada kekurangan di mana-mana. Sepatutnya saya post pada hari Selasa tetapi disebabkan saya lupa nak type draftnya, selepas isyak tadi baru nak type, jadi pukil 1pagi Rabu baru dapat post. Maafkan saya.
Solat Dhuha
Perbentangan Menara Batu HELWANI
Perbentangan Menara Batu APLE
Sebelum balik
Tamat sudah program 😢
Masak Maggie 🍲
Solat Zohor
Makan dalam talam
Solat Zohor
HELWANI naik Hilux
Perjalanan menuju ke Sg Pisang
Fani
Maaf, gambar agak terabur. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. InshaAllah. Semoga saya mampu lagi berkongsi cerita pada masa akan datang 😊

masya-Allah terbaik lahh! Doakan kita semua terus istiqamah😊
ReplyDelete