KERENGGA 2016
Assalamualaikum.
Apa khabar semua? Alhamdulillah, aku di sini sihat sahaja :P Bagaimana pula dengan iman kita? Masih sama atau ada peningkatan selepas sebulan kita berpuasa ini. Hari ini 28 Syawal 1437, dah nak dekat habis bulan Syawal. Bagaimana pula dengan puasa 6 di dalam bulan Syawal, adakah tercapai? Alhamdulillah, tahun ini Allah izinkan aku untuk melaksanakan puasa 6 ini. Tak semua kaum hawa dapat berpuasa 6 di bulan Syawal. Anda semua mesti faham bukan.
Hari ini aku ingin kongsikan satu cerita yang telah berlaku pada diri aku :D tentang kedatangan keluarga PEPIAS ke rumah aku. Pada 24 Julai 2016, keluarga PEPIAS telah menziarahi rumah aku sempena aktiviti tahun PEPIAS iaitu Konvoi Raya Gila-Gila atau lebih dikenali sebagai KERENGGA. Bagi aku aktiviti ziarahi ini dapat mengeratkan lagi keluarga aku dengan PEPIAS, membuatkan keluarga aku lebih mengenali apa itu PEPIAS.
Bukan itu sahaja yang aku ingin ceritakan. Sebenarnya, disebalik kedatangan mereka, ada sesuatu yang lebih istimewa iaitu, aku dan keluarga aku merewang sempena kedatangan PEPIAS ni. Entah mengapa, keluarga aku bersemangat untuk memasak dan membuat segalanya sendiri, maksud aku di sini ialah, lauk pauk yang mak aku masak semuanya homemade kecuali ada beberapa bahan yang beli seperti daging, cili, bawang dan seangkatan dengannya. Bahan yang homemade ialah kelapa (santan), ayam kampung (sembelih sendiri, cabut bulu sendiri, potong ayam sendiri), tumbuk rempah sendiri dan lain-lain. Kebiasaannya, rempah sahaja akan homemade, kena tumbuk sendiri sebab mak kata , kalau beli yang dh siap, yg serbuk tu, hilanglah keaslian masakkan tersebut. Disebabkan PEPIAS datang, mak masak masakkan yang istimewa iaitu AYAM MASAK OPOR , masakkan jawa yang merupakan resepi turun temurun untuk keluarga besar aku, ada lagi satu resepi yang menjadi tradisi tapi mak tak masak semasa PEPIAS datang, iaitu sambal goreng jawa :) keluarga aku memang keturunan jawa. nanti di akhir entry aku akan sertakan sekali gambar-gambar semasa proses memasak lauk-lauk itu.
Rumah aku meriah semasa PEPIAS datang, jujur aku katakan, mak aku suka keadaan yang meriah. Mak aku jenis yang suka memberi orang makan. Bagi mak aku, itu merupakan salah satu cara untuk kita dapatkan pahala, betul tu! Mak aku tak pernah berkira soalan duit untuk membeli makanan tetapi janganlah sehingga membazir. Lagi apa ya yang aku ingin ceritakan hurrmmm haaaa Maaf kotinjen KERENGGA sebab tak dapat nak join KERENGGA tahun ini, ada banyak hal, kerana baru masuk belajar.
Pada hari yang sama tetapi pada sebelah pagi, aku telah dilantik sebagai salah seorang pimpinan PEPIAS bagi cawangan Bangi. Aku tak tahu mahu gembira atau apa, atas nasihat dan kata-kata Abang Zul iaitu fasi aku semasa PMGS, dia kata mereka percayakan kamu, kamu ada potensi, pegang kepercayaan yang mereka beri itu dengan baik. InshaAllah aku akan galas tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin. Aku juga dapat kata-kata semangat dari Abang Hazwan, terima kasih Abang Hazwan. Abang Hazwan merupakan ketua delegasi aku semasa aku menyertai PMGK
"Abg suke dgr syaff jd KH.. you sure can do it!
Moga perkasa helwani pelangi..
All the best syaffiqa!" - Abang Hazwan
Sebenarnya nasihat dari Abang Wan panjang tapi tak boileh nak kongsikan semua sebab aku risau akan ada yang terasa nanti.
Terima kasih PEPIAS kerana telah memberikan kepercayaan kepada aku untuk meneruskan perjuangan pimpinan sebelum ini. InshaAllah aku akan galas tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin. Sekiranya ada salah dan silap, mohon tunjuk ajar kerana aku juga masih baru dalam dunia ini.
Aku rasa itu sahaja kot yang aku ingin kongsikan untuk entry kali ini. haaaa sebelum aku terlupa, kepada yang hadir ke rumah aku semasa KERENGGA, ingatlah pesanan yang amat memberikan kesan dari mak aku tu, JAGA SOLAT. Jujur aku kata, mak aku tak kisah apa yang aku nak buat asalkan JAGA SOLAT dan jangan buat perkara-perkara yang melanggar hukum Allah.
Aku ingin kongsikan satu ayat dari Abang Wan, aku suka ayat dia yang ini :
"Klu pepias tu universiti.. abg akn smbung bljr kt pepias.. klu pepias tu tmpt keje.. abg akn keje kt situ.. tp hakikatnya pepias tmpt utk buat pahala & dpt redha Allah.. abg akn gune kn pepias utk kejar pahala & dpt redha Allah."
Aku suka ayat Abang Wan yang ini, aku setuju sangat. Inilah gambaran yang aku dapat berikan untuk PEPIAS. Aku betul-betul jatuh cinta dengan PEPIAS.
Kalau PEPIAS itu Universiti, akan aku sambung belajar di situ,
Kalau PEPIAS itu tempat Kerja, akan aku kerja di situ,
Tetapi hakikatnya PEPIAS cuma tempat untuk melakukan PAHALA & mendapatkan REDHA ALLAH,
Akan aku gunakan PEPIAS ini sebaik mungkin untuk aku mengejar PAHALA & mendapatkan REDHA ALLAH.
InshaAllah :)
![]() |
| Sebelum nak tangkap ayam dalam reban, ayam pun dah tahu dan takut-takut :D |
![]() |
| Alhamdulillah, selamat sudah disembelih :) |
![]() |
| Proses celur ayam, buang bulu ayam, potong ayam dan buang isi yang tak berkaitan, macam dekat kedai tu |
![]() |
| Cabut sabut dari buah kelapa, macam tak betul je ayat tu :D |
![]() |
| Inilah hasilnya setelah dibelah dua |
![]() |
| Hasil selepas parut kelapa di rumah nenek dibantu oleh kakak sepupu sebab aku tak reti nak parut guna mesin tu, risau tangan kena dekat mata parut tu |
![]() |
| Blender kelapa tu supaya mudah untuk perah nanti, dan lebih banyak kuantiti nya nanti, mungkin :D |
![]() |
| Hasil setelah di blender tadi :) |
#GPHU
#PEPIAS
#PEPIASDiHatiku
#LOVEPEPIAS










Comments
Post a Comment